DACHAU Concentration Camp

Saya mengambil kesempatan untuk melawat, Dachau Concentration Camp, kem tahanan pertama diwujudkan oleh tentera Jerman di bawah pentadbiran Adolf Hitler, semasa saya berada di Jerman atas tugas rasmi negara pada tahun lepas. Kem tersebut terletak di Munich City, Jerman. Pada asasnya, apabila Hitler mengambil alih kepimpinan negara Jerman pada Januri 30, 1933, boleh dikatakan bermulanya satu lembaran baru dalam siri hak asasi kemanusiaan dunia. Tarikh tersebut mencatatkan bermulanya penyeksaan dan pembunuhan terancang terhadap individu dan ahli-ahli organisasi yang tidak sealiran dengan Hitler. Kem Dachau, pada asalnya adalah sebuah kilang senjata yang ditinggalkan selepas perang dunia pertama. Penubuhan dan penggunaan semula tapak peninggalan kilang senjata tersebut diisytiharkan pada Mac 20, 1933 iaitu selepas 11 hari Heinrich Himmler dilantik menjadi Ketua Polis Munich.
Pada awalnya kapasiti kem tersebut adalah 5000 orang dan menjadi pusat tahanan politik. Namun permulaan perang pada 1939 menyebabkan penghuni kem tersebut semakin bertambah. Pertambahan tersebut bukan sahaja diisi dengan tahanan politik tetapi Jews dan Gypsies juga mula menjadi tahanan. Daripada kem keselamatan, fungsi kem diubah sebagai pusat pemulihan tahanan walaupun umum mengetahui, kem tersebut adalah pusat tahanan politik dan kebanyakan yang ditahan tidak mempunyai peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Daripada 200 ribu individu yang pernah ditahan di kem tersebut [walaupun pada asalnya kapasiti adalah 5000 sahaja] 31,951 orang telah meninggal dunia berdasarkan rekod kematian, lebih ramai dari bilangan rasmi telah dibunuh dan dilupuskan tanpa rekod yang jelas. Pada April 29, 1945, tentera Amerika telah melakukan pendaratan pertama di kem tersebut dan memerdekakan kesemua tahanan yang dikurung disitu.
Selepas 10 tahun berlalu, kebanyakan tahanan yang masih hidup telah berkumpul untuk mengingati penyeksaan dan penderitaan yang dilalui sepanjang pemenjaraan mereka disitu. Mereka mengambil keputusan untuk membangunkan pusat memorial di tapak tersebut namun aspirasi mereka menjadi impian hanya selepas 10 tahun berikutnya apabila Kerajaan Bavarian bersetuju untuk memberikan sumbangan dana. Pada tahun 1968, The International Monument berjaya di dirikan malah Gereja Katolik, Protestant dan komuniti Jews telah membina religious memorial di tapak kem.
Sepanjang lawatan ke tapak tersebut lebih kurang selama 4 jam, saya cuba membayangkan diri saya sebagai tahanan di Kem Dachau dan cuba mengimaginasikan penderitaan dan penyeksaan yang dilalui sebagai tahanan. Hanya mereka yang cuba membayangkan penderitaan tersebut mampu menghargai pusat memorial tersebut. Apa yang lebih membanggakan ialah sokongan kerajaan Jerman ke atas memorial tersebut. Satu kezaliman ke atas spesis manusia telah dilakukan pada zaman pemerintahan Hitler, tidak kira yang mati terseksa itu Jews atau bangsa-bangsa lain tetapi pada hakikatnya, yang meninggal itu adalah spesis ciptaan Tuhan yang dikenali sebagai manusia. Kerajaan Jerman telah mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin terdahulunya dan mereka sanggup membiayai berpuluhan juta ringgit bagi memastikan memorial itu menjadi satu pengajaran kepada warganegara Jerman secara khasnya dan warga dunia secara amnya agar kesilapan tersebut tidak berulang. Keberanian untuk mengakui kesilapan yang lepas dan bertekad untuk tidak mengulanginya adalah satu niat yang sangat suci. Kesucian dan keberanian inilah yang perlu menjadi pegangan pemimpin-pemimpin dunia ketiga agar kesilapan lampau tidak diulangi tetapi dijadikan sebagai pedoman demi untuk mengharungi cabaran hari muka nanti.

Comments

eh bile u pi kem ni?? masa pegi PDI dengan Kempen tu ke?? heheh
shubasini said…
I really salute you for the courage you had to get to the camp. I don’t think I can even reach the entrance. While I was in Cambodia, I refuse to visit similar camp there. When my mom visited there, she said that the smell of the blood still lingers.

i can never understand, despite all that the wars dont seem to end!

Popular Posts