Keselamatan
[kemaskini: 28 April 2008 / 22:50] Dikala negara sedang dilanda krisis bekalan makanan, ramai yang masih tidak sedar atau tidak ambil tahu akan isu-isu keselamatan yang lain selain daripada isu bekalan makanan. Isu bekalan makanan atau lebih popular dengan nama “food security” sebenarnya adalah satu unit kecil dalam isu-isu keselamatan. Pada dasarnya terdapat dua kategori dalam subjek keselamatan iaitu ancaman tradisional dan ancaman bukan tradisional. Dalam blog ini saya akan menumpukan perhatian utama kepada kedua-dua subjek. Isu keselamatan tidak bermakna hanya hal-ehwal yang berkaitan dengan jenayah atau peperangan sahaja tetapi isu keselamatan boleh merangkumi hal-ehwal sosial, politik, ekonomi, ketenteraan, keganasan setempat dan antarabangsa. Tidak semestinya apa yang saya nyatakan disini semuanya tepat 100%, oleh yang demikian, saya berharap, kesemua rakan-rakan yang melawat blog saya dapat memberikan pandangan yang ikhlas dan kritikan yang membina. Permulaan ini saya akan menulis dalam Bahasa Malaysia namun dari masa ke semasa saya akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.
Comments
Blogging is the "in" thing now eh? :P
Apapun saya tertarik dengan tulisan saudara yang menyentuh tentang isu yang jarang diperkatakan orang.
Teruskan menulis hehe
Patutnya dah lama dah you tulis blog ni... :) Ni mesti thesis dah siap eh?
Keep on posting!
- Mariza
Keselamatan Makanan - masih teringat aku semasa sesi wacana yang dianjurkan oleh INTAN (..kalau tak silap tahun 2003 atau 2004..) di mana salah seorang panelnya ialah Prof. Diraja Ungku Aziz telah melontarkan pendapatnya bahawa sudah tiba masanya Kerajaan mengimport beras yang jauh lebih murah daripada mengeluarkan sendiri. Penjimatan daripada perbelanjaan subsisi padi boleh disalurkan kepada usaha-usaha lain bagi membasmi kemiskinan golongan petani. Tidak perlu lagi Kerajaan membazirkan wang untuk menaiktaraf ekonomi petani dengan memberi subsisi tetapi masih lagi di takuk yang sama. Keselamatan negara tak akan tergugat walaupun negara tak tanam padi.
Nah..sekarang terbukti Prof. Ungku Aziz ternyata silap. Sekarang, disebabkan makanan, banyak negara sudah mula gelabah. Vietnam, China, Brazil, Filipina dan tak lama lagi mungkin Thailand telah menghadkan kapasiti eksport makanan. Kesannya..harga beras dunia naik dua kali ganda. Ada kes di Kelantan berasnya diseludup ke Siam pulak sebab lebih murah(sejarah tu..).
Apa patut kita buat? setiap perancangan dan pelaksanaan sesuatu dasar negara perlu mengambilkira isu keselamatan dari segenap segi. Keselamatan adalah sebahagian daripada pertahanan menyeluruh negara...
Just drop by to say hi. No comment at the moment yet. Will save it for next time :)
Maria
Ex-Kempen
so minggu ni menu kat umah mi sup, mi goreng, mi kicap... hihi